DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Matlamat
Matlamat tema Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk menanam minat murid dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi , kemahiran serta nilai murni. Kemahiran yang ingin dikembangkan melalui tema ini merangkumi kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif/psikomotor dan kemahiran TMK.
Fokus
1.Menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni. Justeru, murid mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian.
Kemahiran Saintifik
jalan-jalan di Cameron Hinglands......

2. Memperoleh pengetahuan dan menguasai asas kemahiran praktis, mereka bentuk serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
3. Memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK di dalam DST serta mengaplikasikan secara merentas kurikulum dengan kreatif mengikut tahap kebolehan murid.
4. Memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam Sains, RBT dan TMK bagi menyediakan murid dalam mata pelajaran Sains, TMK dan RBT di tahap dua.
Kemahiran Saintifik
Sains menekankan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir perlu digunakan. Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiram manipulatif.
Kemahiran Proses Sains
Memerhati
Mengelaskan
Mengukur dan menggunakan nombor
Membuat inferens
Meramal
Berkomunikasi
Menggunakan perhubungan ruang dan masa
Mentafsirkan idea
Mendefinisikan secara operasi
Mengawal pemboleh ubah
Membuat hipotesis
Mengeksperimen
Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara berikut:
1. Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.
2. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
3. Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
4. Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat.
5. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
Kemahiran Berfikir
Berfikir adalah satu proses mental yang memerlukan individu menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorakkan alam sekelilingnya . Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini dapat dicapai melalui pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Sikap Saintifik dan Nilai Murni
Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk dalam pembelajaran sains di sekolah meliputi sikap saintifik dan nilai murni seperti yang berikut.
1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.
2. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.
3. Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara.
4. Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar.
5. Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam.
6. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat.
7. Menghargai keseimbangan alam semula jadi.
8. Berhemah tinggi dan hormat-menghormati.
9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi.
10. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.
11. Berfikiran kritikal dan analitis.
12. Baik hati dan penyayang.
13. Bekerjasama
14. Yakin dan berdikari.

Standard Pembelajaran :
2.1.1 - Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan.
2.1.2 - Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan
2.1.3 - Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan.
2.1.4 - Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja dan makan haiwan dan tumbuhan.
2.1.5 - Mengenal pasti tempat perlindungan haiwan seperti sarang,reban,lubang,atas pokok,kandang,gua,di dalam air, dalam tanah dan di celah batu atau kayu.
2.1.6 - Menyatakan kepentingan haiwan kepada manusia, tumbuhan dan haiwan lain.
2.1.7 - Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
2.2.1 -Menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan dengan cara tidak menganiayai haiwan.
2.3.1 - Mengenal pasti cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak dan bertelur.
2.3.2 - Mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan.
2.3.3 - Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada haiwan sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi perubahan rupa dan pertambahan saiz.
2.3.4 - Mengenal pasti anak haiwan yang menyerupai ibunya dan anak yang tidak menyerupai ibunya.
2.3.5 - Merekod perubahan tumbesaran haiwan seperti rama-rama atau katak dari segi rupa dengan memerhati haiwan sebenar.
2.3.6 - Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,TMK,penulisan atau lisan.
2.4.1 - Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan,merangkak,terbang,berenang,menjalar,mengengsot,merayap,berlari dan melompat.
2.4.2 - Menjalankan simulasi cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang, lembu berjalan, kura-kura merangkak,ular menjalar,siput babi mengengsot,semut merayap,kuda berlari dan katak melompat.
2.4.3 - Menyatakan kepentingan pergerakan haiwan kepada haiwan.
2.4.4 - Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

jalan - jalan di Lost World Of Tambun.....
Info yang menarik..tahniah
BalasPadamSambil membaca info..dpt tgk gmbr holiday.bestttt
BalasPadamBestnya..
BalasPadamol
Ma Kedekut....nak beli xbox 360 guna duit sendiri pun tak kasi.....nak apapun xboleh beli barang kosmetik boleh pulak
BalasPadam